13 August 2011

Siang belai anak, malam belai ibu

MELAKA: Gara-gara membiarkan kekasih hatinya yang juga lelaki Bangladesh bertandang ke rumah sehingga lewat malam membawa padah kepada seorang ibu tunggal apabila dia dicekup oleh pegawai syarak di Merlimau pada tengah malam, semalam.

MELAKA: Gara-gara membiarkan kekasih hatinya yang juga lelaki Bangladesh bertandang ke rumah sehingga lewat malam membawa padah kepada seorang ibu tunggal apabila dia dicekup oleh pegawai syarak di Merlimau pada tengah malam, semalam. Lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 40 tahun itu dicekup kira-kira jam 12 tengah malam di rumah sewa ibu tunggal berkenaan selepas kediamannya diserbu pegawai syarak serta polis.


Pekerja industri berkenaan dikatakan berada di rumah wanita terbabit empat jam sebelum pegawai syarak menerima aduan awam yang melihat kehadiran lelaki itu dan selepas ditahan mereka diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan hanya pasangan terbabit berada di dalam rumah yang bertutup rapat itu.

Katanya, wanita berkenaan ditemui lengkap berpakaian, manakala lelaki itu hanya memakai kain pelekat milik anak wanita itu.

Soal siasat dilakukan mendapati lelaki berkenaan dikatakan datang ke rumah wanita itu selepas membawa dua anak wanita terbabit keluar bersiar-siar pada petang itu.

Apabila pulang, dia terus berada di rumah wanita berkenaan sehinggalah pegawai syarak terbabit datang, katanya kepada Harian Metro, semalam.

Rahimin berkata, siasatan lanjut Jaim mendapati wanita terbabit juga bekerja bidang sama bersama lelaki itu dan mereka sudah berkenalan sejak lapan bulan lalu.

Katanya, hubungan mereka semakin rapat selepas wanita terbabit bercerai dengan suaminya dan mereka juga sering berjumpa.

Lelaki terbabit memberi alasan ke rumah wanita berkenaan untuk menjenguk anak kepada ibu tunggal itu kerana mereka hanya berada di rumah pada cuti hujung minggu.

Lelaki berkenaan juga memberitahu dia sepatutnya pulang selepas menghantar anak wanita terbabit bersiar-siar, namun mereka terlanjur duduk berdua-duaan sehingga lewat malam, katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali, katanya.

No comments:

Post a Comment