KOTA BHARU 2 Ogos - Polis menumpaskan `Geng 7E' yang dipercayai aktif melakukan jenayah samun bersenjata ke atas beberapa buah kedai serbaneka 24 jam termasuk 7-Eleven sejak empat bulan lalu, dengan tertangkapnya dua anggota kumpulan berkenaan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, kedua-dua anggota kumpulan itu berusia 19 dan 20 tahun, diberkas kira-kira pukul 7 pagi semalam selepas dua jam geng terbabit menyamun sebuah kedai 7-Eleven di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.
Beliau berkata, penahanan dua anggota kumpulan itu membawa kepada tertangkapnya seorang lelaki berusia 48 tahun di kawasan Binjai kira-kira tiga jam berikutnya, kerana memiliki 500 kotak rokok curi pelbagai jenama bernilai RM10,000.
"Modus operandi Geng 7E yang dianggotai tujuh ahli itu adalah sama iaitu samun bersenjata menggunakan parang untuk mengancam mangsa supaya menyerahkan rokok dan wang tunai yang ada dalam premis.
"Dalam kes yang berlaku di sebuah kedai 7-Eleven di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, sebanyak 56 kotak rokok Dunhill dan wang tunai sebanyak RM48.10 disamun.
"Bertindak daripada maklumat tersebut, polis mengejar suspek selama 15 minit sebelum kedua-duanya ditangkap di kawasan semak berhampiran Taman Sari di sini, manakala tiga lagi rakannya yang berada di dalam kereta berjaya melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Utusan
* Pandai polis menamakan geng penjenayah...
No comments:
Post a Comment