27 August 2011

Pembunuh bekas PM India akan dihukum gantung bulan depan

CHENNAI: Tiga lelaki yang didapati bersalah atas pembunuhan Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991 akan dihukum gantung awal bulan depan.

Pengumuman yang dibuat lewat semalam menyebut hukuman akan dijalankan pada 9 September selepas Presiden India menolak rayuan daripada tiga lelaki berkenaan awal bulan ini. Jika perancangan berjalan seperti dijadualkan, hukuman itu adalah yang pertama di India sejak 2004 apabila bekas pengawal keselamatan digantung mati kerana merogol dan membunuh pelajar perempuan berusia 14 tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment