24 August 2011

Lebih 400 terbunuh, 2,000 cedera di Tripoli

KAHERAH 24 Ogos - Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh dan 2,000 yang lain cedera dalam pertempuran untuk menguasai ibu negara, Tripoli daripada Muammar Gaddafi, hari ini, kata pemberontak Libya.

Menurut televisyen Al Arabiya, pemberontak Libya menyerang kubu kuat Gaddafi di Bab al-Aziziya sebagai usaha untuk menamatkan pemerintahan 42 tahun rejim pemimpin Libya tersebut. - REUTERS

No comments:

Post a Comment