13 August 2011

Jurugambar didakwa rakam gambar bogel

TOKYO – Seorang jurugambar terkenal Jepun, Kishin Shinoyama didakwa kelmarin kerana merakamkan gambar wanita berbogel di kawasan perkuburan awam di sini.

Pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan berkata, Shinoyama, 69, didakwa berkelakuan tidak senonoh dan tidak menghormati kawasan keagamaan dengan merakamkan gambar bogel pada Oktober 2008 di kawasan perkuburan Aoyama, Tokyo.


Jika disabitkan kesalahan, Shinoyama bakal dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga 300,000 yen (RM10,794). – AP - Kosmo

No comments:

Post a Comment