01 August 2011

ISA: Tujuh pegawai imigresen bebas esok

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 10 hingga 12 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok.

Sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata pembebasan itu dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati semua tahanan terbabit menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan. - TMI

No comments:

Post a Comment