24 August 2011

Hiburan irama nasyid ketika iftar


INGINKAN kelainan dalam menikmati juadah untuk berbuka puasa?

Apa kata bawa rakan-rakan mahupun seisi keluarga ke Hotel De Palma Shah Alam kerana lokasi itu menawarkan kepelbagaian hidangan khusus untuk juadah berbuka.

Bertempat di The Grand Ballroom yang dihias serba indah, pasti kecur liur anda apabila melihat pelbagai jenis masakan terdiri daripada masakan Pantai Timur, masakan negeri Melaka, masakan Negeri Sembilan dan lauk-pauk kenduri.

"Susun atur yang menarik mengambil kira faktor kesesakan semasa mengambil makanan menjadikan ruang hidangan nampak luas dan selesa.

"Ia memudahkan pengunjung mengambil pelbagai jenis masakan yang ditempatkan warung-warung yang disediakan," kata Pengurus Residen Hotel De Palma Shah Alam, Hanidah Shahril.

Antara hidangan yang disediakan ialah nasi kerabu, nasi dagang, roti john, mi goreng, char kuetiau, murtabak, ketam pedas Portugis, ayam masak merah kuzi, ikan keli masak asam pedas kambing panggang, ikan bakar, popiah dan pelbagai hidangan lain.



SELAIN hidangan ikan bakar De Palma juga menyediakan kambing panggang sebagai juadah berbuka.

--------------------------------------------------------------------------------



Tidak lupa juga hidangan pencuci mulut dan kuih-muih sebagai pemanis selepas menjamu selera.

Tambah Hanidah, The Grand Ballroom boleh memuatkan 900 orang dalam satu masa menjanjikan kelainan dengan 'menghidangkan' persembahan nasyid sebagai santapan rohani.

"Empat kumpulan nasyid iaitu Brothers, Frenz, Saff-One dan Nowseeheart akan menghiburkan para pengunjung setiap hari secara bergilir-gilir selain penampilan penyanyi malar segar, Jay Jay setiap hari sepanjang Ramadan.

"Bertindak sebagai peneraju hotel berkonsep syariah, kami mengambil inisiatif menjemput kumpulan tahfiz untuk bertadarus di surau selain solat lima waktu dan tarawih bersama-sama jemaah yang hadir," ujarnya.

Turut disediakan kaunter zakat bagi kemudahan pengunjung yang tidak berkesempatan menunaikan kewajipan tersebut.

Hidangan bufet Ramadan lazat itu hanya berharga RM55 bagi dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. - NURUL IZZA ROSLY

No comments:

Post a Comment