DUBAI: Seorang guru sekolah persendirian didakwa cuba mencabul seorang suri rumah apabila mahu menciumnya di ruang makan dalam kediaman wanita itu.
Pendakwa raya menuduh guru dari Mesir yang berusia 34 tahun itu cuba mencabul suri rumah warga Emiriyah, 42, dengan cuba menciumnya tetapi gagal sebaik anak perempuan wanita itu memasuki ruang makan berkenaan. Suspek yang dibebaskan dengan ikat jamin gagal menghadiri perbicaraan di Mahkamah Dubai, semalam. Ketua Hakim, Al Saeed Mohammad Barghout akan mengumumkan keputusan pada 28 Disember depan kerana suspek tidak hadir ke perbicaraan walaupun sudah dimaklumkan mengenainya. Suri rumah terbabit memberi keterangan insiden itu berlaku selepas dia bertembung dengan guru itu yang sedang mengayuh basikal di Al Muhaisna.
Saya memberitahunya supaya menasihati kanak-kanak yang bermain di jalan kerana menyangka kanak-kanak itu anaknya tetapi dia menjelaskan mereka bukan anaknya. Dia mendakwa bekerja di sekolah persendirian dan tinggal di Al Muhaisna. Dia bersetuju untuk mengajar anak saya secara persendirian empat hari dalam seminggu. Kemudian dia mula bertanyakan saya mengenai suami saya dan bagaimana saya serta anak boleh menyesuaikan diri hidup tanpa suami yang tinggal di kediaman isteri pertamanya. Dia turut bertanyakan hal sulit…dan memberitahu saya seorang wanita itu memerlukan lelaki dalam hidup mereka. Selepas itu saya mula sangsi dan menyuruhnya berhenti daripada mengajar anak saya, jelas wanita itu kepada pendakwa raya. – Agensi
No comments:
Post a Comment