14 August 2011

Gigitan cinta ustazah khalwat

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal
menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya
menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu,
temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.
Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa
terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.
Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan
merah di lehernya.
Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke
dalam tong sampah.
Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.


Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman
Rinting, Masai jam 1 pagi.
Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.
Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

No comments:

Post a Comment