13 August 2011

GERIK: Seorang remaja perempuan terpaksa lari dalam keadaan separuh bogel sejauh kira-kira satu kilometer bagi menyelamatkan diri daripada diperkosa 1

Solat merupakan salah satu rukun Islam. Solat merupakan rukun Islam terpenting setelah dua kalimat syahadat. Dan hukum solat adalah wajib bagi setiap individu. Barangsiapa meninggalkan solat kerana menentang kewajibannya atau meninggalkannya kerana menganggap remeh dan malas, maka dia telah kafir. Adapun orang yang melakukan puasa Ramadhan dan mengerjakan solat hanya di bulan Ramadhan saja, maka orang seperti ini bererti telah melecehkan agama Allah. (Sebahagian salaf mengatakan), Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah) hanya pada bulan Ramadhan saja.


Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?

Beliau rahimahullah menjawab:

Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan solat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Taala,


Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui. (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam,


Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat. (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam juga bersabda,


Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir. (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasai, Ibnu Majah. Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma (kesepakatan) para sahabat.

Abdullah bin Syaqiq rahimahullah- (seorang tabiin yang sudah masyhur) mengatakan, Para sahabat Nabi shallallahu alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat. [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadis ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadis ini adalah sahih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh kerana itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, Solatlah kemudian tunaikanlah puasa. Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (kerana sebab meninggalkan solat) tidak diterima ibadah dari dirinya.

BHO Blog – kalau orang dalam keadaan darurat pun tak tinggal solat, apa lagi kita yang penuh dengan nikmat kesenangan. Tak malu ke duduk di bumi Allah tapi tak berterima kasih maupun bersyukur kepadaNya?

artikel dari forum CG

No comments:

Post a Comment