24 August 2011

Gaddafi masih di Tripoli - Presiden catur dunia

MOSCOW 24 Ogos – Presiden Persekutuan Catur Sedunia (FIDE), Kirsan Ilyumzhinov berkata, pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memberitahunya menerusi telefon bahawa beliau masih berada di Tripoli.

Gaddafi memaklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan baik dan tidak merancang untuk meninggalkan bandar itu, katanya.

Ilyumzhinov yang pernah melawat Libya dan bertemu Gaddafi pada Jun lalu ketika kempen pengeboman oleh Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sedang dijalankan berkata, anak lelaki sulung pemimpin itu, Mohammed Gaddafi, menghubunginya melalui telefon pada pukul 6 petang waktu tempatan semalam (10 malam tadi waktu Malaysia).

“Dia (Mohammed) menyerahkan telefon itu kepada bapanya (Gaddafi), dan Gaddafi kemudian memberitahu bahawa dia masih lagi berada di Tripoli, masih hidup dan sihat dan sudah bersiap sedia untuk berjuang sehingga ke akhir,” kata Ilyumzhinov kepada Reuters menerusi telefon - Reuters

No comments:

Post a Comment