22 August 2011

Drama culik peminjam wang


KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan polis menangani satu kes penculikan dapat menyelamatkan seorang gadis dan ibunya dari terus menjadi tebusan selama lapan jam oleh seorang peminjam wang bersenjatakan pedang dalam kejadian di Taman Bukit Cheras di sini semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi apabila lelaki berusia 32 tahun tersebut menunggu gadis berumur 24 tahun pulang dari kerja sebagai ahli perniagaan di depan rumahnya di sebuah apartmen di Gombak. Motif kejadian dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga dan cinta.

Selepas mendapati mangsa tiba, suspek telah masuk ke dalam kereta mangsa jenis BMW putih sebelum memaksa gadis itu memandu ke arah Cheras. - Kosmo

No comments:

Post a Comment