01 August 2011

Dr Haron Din dan Azizan Razak Dimasuk Ke IJN

DUA pemimpin tertinggi Pas Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.

Dr Haron akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.

Beberapa pemimpin Pas telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco Kerajaan Selangor, Dr Hasan Ali yang terawal bergegas ke IJN.

Beberapa keping gambar keadaan mereka di IJN telah dihantar ke email saya sekejap tadi.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan ke atas mereka berjalan lancar.

Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian selepas saya mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan mereka kedua.

Dalam pada itu tidak lupa juga didoakan sama untuk kesejahtraan Perdana Menteri, Najib Razak yang dilaporkan menjalani pembedahan lutut hari ini. - MSO Melayu

No comments:

Post a Comment