Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
25 August 2011
Doktor dibunuh kejam
BENTONG 24 Ogos - Seorang doktor yang bertugas di Penjara Bentong dibunuh dalam keadaan ngeri apabila kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebun, seorang lelaki warga Bangladesh semalam.
Dr. Harjit Singh, 61, dipercayai mati akibat ditetak pada pukul 8 malam tadi di rumahnya di kebun yang terletak 50 meter dari jalan di Kampung Sertik dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, mangsa dipercayai dibunuh ketika berehat di kerusi di anjung rumahnya.
"Polis menemui sebilah parang tidak jauh dari tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pekerja itu menyerang mangsa dari arah belakang dan dia dikatakan memenggal leher doktor terbabit sehingga putus.
Beliau berkata, pembunuh tidak melarikan diri sebaliknya menyerah diri di tempat kejadian selepas menghubungi polis pada pukul 11. 40 malam tadi.
Katanya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan dipercayai berpunca dari salah faham namun motif sebenar kejadian masih disiasat.
Mangsa adalah doktor yang bertugas secara kontrak di Penjara Bentong sejak tiga tahun lalu merupakan abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
Katanya, suspek pembunuhan kejam ini direman sehingga 29 Ogos depan bagi membantu siasatan. Dia bekerja di kebun tersebut sejak tiga tahun lalu. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment