22 August 2011

Berpakaian tidak senonoh dilarang solat di masjid

JEDDAH: Emir Makkah, Putera Khaled Al-Faisal mengarahkan mereka yang berpakaian tidak sesuai dilarang daripada menunaikan solat di masjid.

Jemaah, katanya, perlu berpakaian sopan bagi menjaga kesucian rumah Allah.

Menurutnya, umat Islam perlu mematuhi ajaran agama itu.

Ketika menjadi Emir wilayah Asir, Khaled menmgeluarkan arahan melarang pegawai berurusan dengan orang awam yang berpakaian senaman atau baju tidur.

Akhbar Okaz dan Saudi Gazette sebelum ini membangkitkan isu itu selepas menyedari sebahagian jemaah tidak mengenakan pakaian yang sesuai ketika menunaikan solat di masjid.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dr Abdfullah Al-Ethaim memuji arahan itu.

Menurutnya, Allah mengarahkan hambanya supaya kelihatan kemas.

Beliau juga berkata, Nabi Muhammad (SAW) mengajar umatnya mementingkan kebersihan fizikal dan juga rohani. - AN

No comments:

Post a Comment