14 August 2011

Bahana main cinta isteri orang

BUKIT KAYU HITAM: Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki parah dibelasah suami dan adik lelaki wanita terbabit di kuarters kelab golf, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 20-an, parah di kepala selepas dipercayai dipukul dengan objek keras oleh dua lelaki terbabit di rumah mereka.


Difahamkan, wanita berusia 20-an itu menjalin hubungan sulit dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, suami wanita berkenaan berusia 30-an itu dikatakan mula mengesyaki perbuatan curang isterinya lalu bertindak memasang perangkap bersama adik wanita terbabit.

No comments:

Post a Comment