17 August 2011

Ahli Geng Black Water didakwa


KLANG – Empat ahli Geng Black Water yang ditahan selepas menerima dan menyembunyikan 98 buah kereta mewah di sebuah gudang kini menyesal tak sudah apabila mereka didakwa atas 784 pertuduhan dan memerlukan RM7.84 juta sebagai jaminan untuk dibebaskan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Wong Ooi Kay, 34; Sim Cee Wei, 39; Lau Kuan Zui, 39; dan Tan Ching Swee, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dituduh secara berasingan di dua Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Siti Nor Sharida Awang dan Siti Noraida Sulaiman.

Kedua-dua hakim itu menetapkan tertuduh yang berdepan dengan 196 pertuduhan setiap seorang itu perlu membayar sebanyak RM10,000 sebagai jaminan untuk tiap-tiap pertuduhan seperti dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff.

Berdasarkan 95 pertuduhan pertama, kesemua mereka dituduh menerima 95 harta curi di sebuah gudang di No. 1, Lot 8638, Kampung Black Water Off Jalan Banting-Klang, pukul 5 petang pada 29 Jun lalu.

Bagi pertuduhan ke-96, 97 dan 98, mereka didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan sama di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini. Mereka boleh dipenjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - Kosmo

No comments:

Post a Comment