TERSENYUM lebar Diva mendengar berita ini. Ia bukanlah cerita luar biasa tetapi sudah cukup untuk menyenangkan hati.
Baru-baru ini, Diva terima satu panggilan telefon daripada seorang teman. Kata teman Diva itu, seorang ahli keluarganya sempat berimamkan Nabil Raja Lawak sewaktu solat di sebuah pasar raya terkemuka di ibu kota.
“Ahli keluarga saya itu bangga melihat anak muda seperti Nabil berani dan tahu mengimamkan solat jemaah di surau.
“Dia bukan bangga kerana seorang selebriti mengetuai solat itu. Sebaliknya bersyukur kerana Nabil walaupun berstatus pelakon dan Raja Lawak, dia tidak melupakan hal akhirat,” ujar teman yang menelefon Diva.
Diva juga tumpang rasa syukur dan teringat kata-kata Nabil pada seorang teman yang dipanggil Princess.
Kata Nabil, dia sekarang berada dalam fasa pemulihan dan mahu merangka kerjayanya dengan lebih teratur.
Malah, Diva sendiri gemar menonton jenakanya yang intelek dan menampakkan kesungguhannya untuk membina kerjayanya semula. Syabas Nabil. - Kosmo
No comments:
Post a Comment