Ibu dakwa anak trauma suspek yang juga anggota polis masih bebas
KUALA LUMPUR: Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang menjadi mangsa rogol dan cabul bapa saudaranya sejak tiga tahun lalu berada dalam keadaan trauma selepas mengetahui suspek masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.
Mangsa dua beradik yang ketika itu berusia enam dan sembilan tahun dikatakan dicabul manakala seorang lagi saudaranya dirogol beberapa kali di rumah neneknya di Seksyen 14, Petaling Jaya dekat sini, pada Disember 2008 oleh lelaki itu yang juga seorang anggota polis.
Ibu dua beradik yang hanya mahu dikenali sebagai Maria, 28, berkata sikap anaknya berubah selepas kejadian itu dan sering menggigil serta menangis.
Maria yang berkerja sebagai seorang perunding di Petaling Jaya berkata, keadaan bertambah buruk apabila anaknya meningkat dewasa dan mengetahui perogolnya itu masih bebas dan tidak diambil tindakan.
Beliau berkata, walaupun sudah membuat laporan polis serta dipanggil beberapa kali untuk menjalani prosiding perbicaraan mahkamah sejak tiga tahun lalu, beliau kesal kerana tiada tindakan diambil ke atas suspek selain hanya ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan.
“Siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sah menunjukkan dia adalah perogol dan mencabul kehormatan ketiga-tiga kanak-kanak ini. Mengapa penjenayah masih dibiarkan bebas?,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.
“Saya sebagai ibu hanya inginkan keadilan dari pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek mengikut undang-undang supaya anak saya gembira seperti kanak-kanak lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bangsar di sini, semalam.
Maria yang berasal dari Kelantan juga memohon supaya Jabatan Pendakwa Raya dapat mempercepatkan prosiding perbicaraan mahkamah untuk menyelesaikan kes ini kerana beliau sudah menghabiskan ribuan ringgit sepanjang menjalani kes itu.
Mengulas lanjut, Maria berkata, pada Disember 2008, ketiga-tiga kanak-kanak itu sering mengadu mengalami kesakitan di bahagian alat sulit mereka.
Selepas dipujuk ibu bapa, mereka mengakui dicabul dan dirogol beberapa kali oleh bapa saudara mereka.
Berang dengan tindakan itu, beliau dan ibu bapa mangsa yang dirogol membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, katanya suspek dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dan diarah tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwa. - Bharian
No comments:
Post a Comment