21 May 2011

Tanah Runtuh: Enam Kanak-Kanak Yatim Piatu Diselamatkan; Tiga Terkorban


KAJANG: Tiga kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Setakat pukul 6.30 petang, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar dan seorang penjaga.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 14 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku. - Mstar

No comments:

Post a Comment