KOTA KINABALU: Polis telah menahan seorang ahli perniagaan yang pada Februari lepas membuat pengisytiharan sebagai Sultan Sulu yang menguasai wilayah di Selatan Filipina.
Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, telah ditahan di sini semalam (Ahad).
Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin. Majistret Noorhafizah Mohd Salim mengeluarkan perintahan tahanan reman selama tujuh hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Noorhafizah mengeluarkan perintah tersebut selepas mendengar permohonan yang dibuat oleh ASP Azizul Mansor di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Polis mengambil tindakan menahan Akjan untuk membantu mereka menjalankan siasatan ekoran beberapa laporan polis yang dibuat ke atasnya selepas majlis pertabalan yang dijalankan ke atasnya sebagai Sultan Sulu, Februari lepas di Kampung Likas dekat sini.
Pada majlis pertabalan itu 2 Februari lepas, beliau kononnya telah dimasyurkan sebagai Sultan Sulu yang ke-33 di hadapan lebih 60 orang tetamu. - Mstar
No comments:
Post a Comment