14 April 2011

Warden sekolah agama dituduh bunuh murid tujuh tahun


KANGAR, 14 April — Warden sebuah sekolah agama di sini dikenakan tuduhan membunuh murid berusia tujuh tahun Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

Hanif Mohd Ali, 26, dihadapkan di mahkamah sesyen di sini hari ini.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Hanif didakwa melakukan kesalahan itu antara 6 petang dan tengah malam 31 Mac lalu di bilik warden hostel Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Jawi, Perlis.

Peguamnya Mohd Fikri Abdul Rahman memohon kepada mahkamah agar melarang media daripada membuat liputan kes tersebut tetapi Majistret Nur Shahida Abdul Rahim menolak permohonan tersebut.

Kes itu akan disebut semula 13 Mei ini. - TMI

No comments:

Post a Comment