03 April 2011

Penulis lirik Seri Bayu meninggal dunia

PORT DICKSON, 3 April — Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson di sini selepas menderita sakit saraf selama enam tahun.

Laporan Sinar Harian hari ini menyebut, menurut sahabat baik penulis lirik itu Azmi Zahari, Allahyarham Seri Bayu meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru.

“Beliau dimasukkan ke hospital kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di sini. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang,” kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin.

Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk di sini selepas waktu Zuhur hari ini.

Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama.

Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain. - TMI

No comments:

Post a Comment