Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.
"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai
yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.
"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab
Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.
"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.
"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.
Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.
"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.
"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.
"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani (kiri).
"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'
"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment