01 April 2011

IGP: Pakar tempatan sah video seks tulen

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. - Malaysiakini

* Tahniah pihak polis kerana cekap menjalankan siasatan. Sekarang kita sudah dapat kebenaran iaitu video itu tulen. Langkah seterusnya kita masukkan video itu ke dalam penjara...

No comments:

Post a Comment