Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
05 April 2011
IGP: Klip video seks bukan dibocor polis
KUALA LUMPUR, 5 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan klip video hampir dua minit yang kini disebarkan menerusi Internet, dikatakan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan “Datuk T”, dibocorkan oleh pihak polis.
Ketika ditanya bagaimana rakaman itu bocor sedangkan ”Datuk T” mendakwa satu-satunya rakaman video seks kini disimpan polis, Ismail (gambar) berkata, “itu yang saya katakan.”
“Sudah tentu ia tidak datang daripada kami. Ia langgar undang-undang dan tidak bermoral. Macam mana saya bolehkan perkara macam itu (berlaku)?” katanya.
“Kami tidak tahu dari mana datangnya video itu. Siapa muat naik, kami tidak tahu,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media di sini hari ini.
Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak kelmarin.
Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.
Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. - TMI
* Kalau tidak tahu, siasatlah bersungguh-sungguh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment