MALAM tadi orang kanan dan bekas orang kanan Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor bertembung dalam satu majlis ceramah di Dun Pantai Damai di Kampung Bowean di atas tebing sungai Sarawak. Pertembungan malam tadi tidak ubah seperti pertandingan akhir raja lawak.
Apa yang berlaku malam tadi ada realistis politik orang Melayu yang memualkan. Ezam khasnya menelanjang diri politiknya sebenarnya yang sungguh jelek dan busuk. Apa yang dipamerkan Ezam malam tadi menyebabkan orang mendapat jawaban kenap Ezam memungkir segala sumpah politiknya selama ini.
Sesuatu yang diluar jangkaan saya kalau pertembungan berlaku demikian. Sebagai orang Semenanjung saya malu dengan penampilan Ezam. Sebenarnya sudah lama mereka berbulu hati di antara satu sama lain. Ezam yang cemburu dengan pencapai Azmin dan dilayan baik oleh Anwar berdendam dengan Azmi,
Jadi pertemuan malam tadi adalah peluang terbaik untuk Ezam melepaskan geram dan sekaligus menunjukkan perangai sebenar beliau sebagai orang politik. Kalau bukan kerana melihat sendiri wajah dan mendengar suara Ezam yang mirip suara Anwar saya tidak percaya apa yang berlaku malam tadi kerana setahu saya bukan Ezam yang tampil sedemikian rupa.
Apakah setelah menyertai Umno dan mendapat jawatan "senator boy" Ezam sudah berubah? Iya sudah berubah menjadi Ezam yang sama dengan bekas-bekas ahli Umno seperti Ibrahim Ali dan beberapa yang sewaktu dengannya.
Dari awal hingga akhir ceramahnya menghentam dan mengutuk Anwar. Mencerca Anwar dari hujung hingga ke pangkal. Ezam gagal mengemukakan hujah-hujah politiknya semasa dan gagal mengemukakan isu untuk memancing para pendengar.
Malam tadi juga Ezam lebih mempromosi dirinya yang sudah tidak laku. Beliau cuba menunjukkan beliau pejuang sebenar, yang sanggup lari dari kemungkaran dilakukan Anwar Ibrahim. Cara Ezam menampil dirinya sebagai ahli syurga manakala Anwar dan Azmin ahli neraka.
Beliau mendabit dada sebagai seorang pejuangan sejati. Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam.
Ezam membuat ukuran budak sekolah kononnya apabila beliau ditahan beliau adalah wira. Semudah itu congakan Ezam di tebing sungai Sarawak. Mendengar ceramah Ezam semalam saya rasa bukan saja rakyat Sarawak di pinggir sungai itu yang loya tetapi para cucu cicit bujang senang di Sungai Sarawak juga merasa mual.
Berbeza dengan penampil Azmin malam tadi yang memapamirkan tahap pemimpin yang ada idea dan berakhkal. Walaupun Azmin tidak masuk ke penjara tetapi ternyata Azmin lebih baik dan terbaik dari para banduan lain, kecuali Anwar. Penampilan Ezam semalam menyerlahkan bahawa beliau ada seorang narapidana yang kehilangan kompas.
Apabila Ezam menjerit dan melaung tanpa disambut Azmin lebih memburukkan lagi keadaan. Ezam tak ubah orang nanal dan mabuk yang bercakap sendirian. Kedua mereka bercakap lebih kurang setengah jam.
Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambutan tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai. Ezam berundur selepas itu tanpa tepukan tetapi diiringi sorakan orang ramai kepada seorang fanalis akhir raja lawak.
- www.msomelayu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment