15 March 2011

Zaid mahu Anwar secara sukarela serah sampel DNA

Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang dengan alasan ia akan membantu pemimpin pembangkang itu membuktikan yang beliau tidak bersalah, sekali gus menaikkan kredibilitinya.

Zaid, yang keluar PKR hujung tahun lalu berkata, orang ramai merasakan sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang pemimpin enggan memberikan bukti bagi membersihkan namanya sendiri.

“Sebab-sebab teknikal boleh disediakan oleh peguam-peguamnya tetapi hanya keberanian beliau untuk berurusan dengan kebenaran boleh melindungi beliau,” katanya.

Sambil menyoal mengapa beliau secara sukarela tidak bersedia untuk menyediakan fakta yang boleh membersihkan namanya, Zaid berkata, “pada hari ini setiap orang mengharapkan pemimpin mereka mempunyai tahap moral yang tinggi dan terutamanya, penyokong-penyokong pembangkang yang menuntut perkara ini.”

Zaid menyertai PKR pertengahan Jun 2009 dan keluar akhir tahun lalu di sebalik kontroversi berkaitan dengan pemilihan pucuk kepimpinan parti.

Beliau kemudian mengetuai parti Akim yang kemudiannya dinamakan sebagai KITA.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider bekas menteri Kabinet pusat ini berkata, sebagaimana ketika kes liwat pertama pada tahun 1998, pandangan umum dan simpati adalah faktor penting kepada populariti seseorang pemimpin.

“Ia adalah faktor yang sangat penting bagi seseorang ahli politik yang bercita-cita mahu ke Putrajaya seperti Anwar. Itu sebabnya saya percaya, beliau harus menyerahkan sampel-sampel yang diminta oleh (pasukan) pendakwaan,” katanya lagi.

“Beliau mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah dan jika benar, ia akan dibuktikan dan beliau sekali lagi boleh membina imejnya sebagai seorang pemimpin yang tidak dilayan dengan adil oleh pengkomplot-pengkomplot Barisan Nasional,” katanya.

Zaid juga berkata dalam kes liwat pertama Mahkamah Persekutuan telah membebaskan Anwar dengan keputusan 2-1 meskipun adanya keterangan-keterangan yang memusnahkan karakter beliau.

“Jadi Anwar mendapat simpati orang ramai,” katanya lagi.

Semalam, pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu. - TheMalaysianInsider

* Jangan serah Anwar, Umno tahu perancangan jahat mereka sudah di penghujung. Lepas bebas tuduhan ini kita serang mereka habis-habisan...

No comments:

Post a Comment