22 March 2011

Video seks: Unit khas ditubuhkan teliti laporan polis

PUTRAJAYA 22 Mac - Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” katanya.

Hishammuddin berkata, perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.

Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di sini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu. - Bernama

* Macam beria menegakkan undang-undang...

No comments:

Post a Comment