25 March 2011

Video seks: Semua terlibat dipanggil

KUALA LUMPUR 24 Mac - Semua individu yang dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati terlibat sama.

Tindakan itu termasuk individu yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu akan dijalankan oleh satu pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang telah ditubuhkan.

Menurut beliau, pasukan khas itu akan mengambil keterangan daripada sesiapa sahaja yang dikenal pasti dan dapat membantu penyiasatan.

"Walaupun siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah, tetapi semakan semula akan dibuat selepas semua maklumat dikumpul.

"Cuma buat masa ini, beri peluang kepada pasukan siasatan itu untuk melakukan penyiasatan mereka dengan profesional, jangan tohmah polis dan mengeluarkan pelbagai spekulasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenangan Bersama Veteran VAT 69 Komando Polis di sebuah hotel di sini hari ini.

Ismail juga enggan mengulas lanjut mengenai jumlah individu yang telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Malah, beliau enggan mengesahkan sama ada video tersebut telah diserahkan kepada polis setakat petang semalam. - Utusan

* Kita beri peluang polis siasat. Harap polis maafkan orang yang tohmah polis sebab mereka nampak polis macam lembab bertindak ke atas pengedar dan penaja tayangan video lucah percuma...

No comments:

Post a Comment