KUALA TERENGGANU: “Apabila melihat kandungan anak sulung semakin membesar dan kini mencecah enam bulan, hati sebak kerana suami tidak dapat bersama meraikan hari bahagia menyambut kelahiran yang dijadual Jun depan selepas dia terbabit kemalangan maut pagi semalam (kelmarin),” kata Norafidah Ismail, 26, dari Kampung Buluh Gading, Manir, di sini.Menurutnya, dia mengetahui berita kematian suaminya Afendie Othman, 26, kira-kira jam 9 pagi daripada seorang individu yang berada di tempat kejadian sebelum menghubunginya memaklumkan suaminya maut apabila Proton Waja dipandunya bertembung sebuah lori.
Katanya, kemalangan berlaku ketika arwah suaminya seorang tenaga pengajar di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kampung Tereh, Kuala Berang, dalam perjalanan ke tempat kerjanya kira-kira 45 kilometer dari rumah.
“Sebelum mengetahui kejadian itu saya beberapa kali menghubungi suami memberitahu yang dia (suami) tertinggal dompet, namun panggilan itu tidak berjawab,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Menurutnya, walaupun sedih kerana arwah tidak sempat menatap wajah anak sulungnya, dia reda dengan insiden itu dan jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh Gading selepas selesai bedah siasat. - Mymetro
* Pilihan tajuk akhbar Umno tidak membantu langsung mengurangkan kadar kemalangan jalan raya...
No comments:
Post a Comment