03 March 2011

Serah RM83,000

JOHOR BAHRU: Bimbang dicederakan selepas diugut dengan parang oleh dua penjenayah, seorang lelaki menyerahkan wang tunai RM83,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di Seri Alam dalam kejadian pada 24 Februari lalu.

Dalam kejadian jam 2.17 petang itu, mangsa berusia 30-an yang berseorangan diekori tiga penjenayah warga asing ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan berhampiran dengan menaiki kereta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penjenayah dipercayai mengekori kereta mangsa menaiki kereta Proton Wira.

“Sebaik berjaya memintas kereta lelaki itu, penjenayah terbabit terus mengacukan parang ke arah mangsa sebelum mereka melarikan diri selepas memperoleh wang.

“Berikutan itu, mangsa terus membuat aduan polis dan bertindak atas risikan dan maklumat awam, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Waja Utama, Johor Jaya beberapa jam kemudian dan menahan seorang suspek berusia 36 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menemui wang tunai RM74,000, Proton Wira dan dua bilah parang dipercayai digunakan suspek untuk mengugut mangsa.

Katanya, berdasarkan semakan rekod, tiga suspek terbabit dipercayai memasuki Malaysia secara sah sejak beberapa hari lalu.

“Kumpulan itu masuk ke negara ini semata-mata untuk melakukan jenayah dan kereta digunakan dilaporkan hilang di Sungai Besi, Kuala Lumpur. - Mymetro

* Kurang ajar punya manusia, datang ke Malaysia hanya mahu rampok...

No comments:

Post a Comment