19 March 2011

PM fikir masa sesuai untuk Taib bersara


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbincang dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung peletakan jawatan ketua menteri itu akan akan memutuskan masa yang sesuai untuk tujuan itu.

Najib berkata demikian setelah mengadakan pertemuan dengan orang ramai di Serian, kira-kira 80 kilometer daripada Kuching hari ini.

Katanya, beliau menghormati hasrat Taib untuk bersara daripada politik.

Sebelum itu, Taib sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Beliau yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment