23 March 2011

PKR dakwa Rahim Thamby Chik, Eskay terbabit


Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - bekas konsul besar Thailand di Malaysia - adalah mereka di sebalik video seks yang didakwa melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu sidang media di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Johari mendakwa Eskay adalah individu utama di sebalik penayangan video tersebut dan menjadi suara latar bercerita mengenainya.

Johari mendakwa, Eskay telah menunjukkan kepadanya video tersebut pada hari Isnin dalam sebuah bilik suit di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor - iaitu hanya beberapa jam selepas ia ditunjukkan kepada wartawan dan editor.

Katanya, selepas berbual, Eskay tiba-tiba menekan butang 'play' dan memainkan video tersebut di skrin besar komputer dalam bilik itu. Menurut Johari menyaksikan keseluruhan video tersebut.

Katanya, selepas itu, bekas ketua menteri Melaka, Abdul Rahim, masuk ke bilik tersebut menemui mereka.

Isnin lalu, satu video seks seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan
editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Anwar telah menafikan terbabit dalam video tersebut.

Menurut Johari lagi, beliau kemudiannya menghubungi bapa saudaranya, yang menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, adalah seorang ahli perniagaan dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, untuk mengadakan pertemuan.

Beliau kemudiannya menemui bapa saudaranya itu pada jam 4 petang hari Isnin di Hotel De Palma, sebelum dibawa ke Hotel Flamingo.

Selepas melihat video tersebut, Johari berkata, beliau berbincang dengan pemimpin PKR mengenai langkah seterusnya.

Johari, bagaimanapun, menegaskan bahawa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.

Beliau menjelaskan ia kerana terdapat beberapa perbezaan fizikal antara Anwar dan lelaki dalam video tersebut.

Menurut Johari, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu itu bukan ketua umum PKR tersebut

Beliau kemudiannya menyebut empat ciri-ciri fizikal utama 'pelakon' tersebut dalam video hitam putih itu - berkulit terlalu cerah, punggungnya berisi, bahunya terlalu lebar dan tegap berbanding dengan Anwar, serta berperut buncit.

Sebaliknya, tambah beliau, mereka yang kenal rapat dengan Anwar akan tahu bahawa punggungnya 'tirus' (nipis), bahunya tidak berisi dan perutnya tidak buncit.

"Kulit Anwar juga tidak cerah, kita semua tahu warna kulit beliau," katanya - Malaysiakini

* Umno sedang nazak dan terdesak...

No comments:

Post a Comment