04 March 2011

Pembangkang jangan main api - TPM

KUALA KRAU 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak bermain api dengan terus melakukan provokasi kepada rakyat untuk bangkit menentang kerajaan.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak menghancurkan masa depan negara berikutan terpengaruh dengan provokasi pihak terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk di Kampung Badok, Kerdau dekat sini hari ini.

Sebelum itu, beliau bersolat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Badok. - Utusan

* Kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat adalah kakitangan kerajaan. Tiada sebab untuk menentang kerajaan. Apa yang mereka tentang adalah Umno. Sebuah parti yang gagal urus tadbir Malaysia.

No comments:

Post a Comment