21 March 2011

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.” - TMI

* Alasan untuk mengambil DNA Anwar...

No comments:

Post a Comment