26 March 2011

OKU maut dirempuh lori


SEREMBAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dilanggar sebuah lori lima tan di Jalan Mambau-Port Dickson, di sini, malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, selepas dilanggar mangsa ditinggalkan kesakitan oleh pemandu lori itu yang memecut laju lori yang membawa muatan kayu itu.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, K Gunalan, 25, yang cacat tangan sejak kecil mati di tempat kejadian selepas motosikal dinaikinya bertembung lori berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Springhill, Port Dickson memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan lori terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat dan sudah dituntut keluarganya pagi semalam.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan pemandu lori berkenaan.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Taufiq Abd Samad di talian 012-2456710,” katanya. - Mymetro

No comments:

Post a Comment