Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
19 March 2011
Gempa Jepun: Lelaki 20-an bukan diselamat, hanya tidur di rumahnya
TOKYO, 19 Mac — “Keajaiban tsunami” seorang lelaki berusia 20-an, yang dikatakan diselamatkan selepas sembilan hari dilanda gempa bumi dan tsunami, yang turut menarik perhatian dunia awal pagi tadi, berakhir dengan gara-gara laporan media yang tidak tepat.
Media Jepun menarik balik berita mendakwa seorang lelaki diselamatkan daripada timbunan kemusnahan beberapa jam kemudian, sekali gus menafikan harapan untuk menyaksikan “keajaiban tsunami” yang melanda Jepun 11 Mac lalu.
Sebaliknya, lelaki itu berada di pusat perlindungan sementara dan hanya kembali ke rumahnya tengah hari semalam, di mana dia dikesan berada dengan mengenakan selimut.
“Dia berada di rumah perlindungan sejak hari gempa bumi dan tsunami melanda kawasan timur laut pada 11 Mac dan kembali ke rumahnya di Kesennuma, Miyagi tengah hari semalam untuk membersihkan rumahnya,” lapor agensi berita Kyodo.
Terdahulu, laporan media menyebut seorang mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami paling buruk dalam sejarah 140 tahun Jepun diselamatkan hari ini - sembilan hari selepas bencana berganda itu.
Laporan NHK hari ini berkata, pasukan mencari dan menyelamat tentera menemui pemuda itu dalam rumanhnya di bandar raya Kesennuma, Miyagi.
Miyagi merupakan antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami setinggi 10 meter hujung minggu lalu.
“Saya temui seorang lelaki yang mengenakan selimut. Secara fizikal dia terlalu lemah,” kata seorang anggota penyelamat kepada NHK.
Lelaki berusia 20-an itu kemudian dibawa ke hospital dan keadaannya tidak diketahui dengan segera.
Hampir 17,000 disahkan terbunuh atau hilang dalam tragedi itu. - TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment