AMPANG: Berlagak seolah-olah pekerja sebuah kedai rim tayar di Bandar Baru Ampang, di sini, sekumpulan tiga lelaki dipercayai warga Myanmar mengangkut lebih 80 rim tayar sebelum memuatkannya dalam dua van, pagi kelmarin.Bagaimanapun, aktiviti mereka yang bermula kira-kira jam 6.15 pagi itu tumpas sebaik diserbu sepasukan polis.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata bertindak atas maklumat orang awam yang melihat aktiviti mencurigakan ketiga-tiga lelaki terbabit, sepasukan polis peronda membuat serbuan.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, ketiga-tiga suspek yang sedang memunggah rim tayar untuk dimuatkan ke dalam dua van melarikan diri.
“Namun, tindakan pantas polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 17 dan 23 tahun, bagaimanapun seorang lagi meloloskan diri,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.
Polis turut merampas 80 rim tayar pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai lebih RM60,000 serta van yang digunakan untuk menyamun kedai berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua van berkenaan van curi yang dilaporkan hilang di Ampang dan Cheras awal bulan ini. - HMetro
No comments:
Post a Comment