01 March 2011

Anggota polis diarah bela diri

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan Koperal Jenain Subi membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd. Tahar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Latifah dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan 39 saksi yang dipanggil sepanjang perbicaraan, tertuduh didapati mempunyai niat untuk menyebabkan kematian terhadap Aminulrasyid dengan melepaskan tembakan di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Walhal katanya, ketika itu kereta Proton Iswara BET 5023 yang dipandu mangsa tidak lagi agresif.

“Pada masa itu, kereta tersebut dalam keadaan terhoyong-hayang dan kelajuan di antara 60 ke 70 kilometer sejam,” kata beliau.

Jenain, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April 2010. - kosmo

No comments:

Post a Comment