MASJID TANAH: Seorang warga emas melalui detik mencemaskan apabila diikat kaki dan tangannya apabila rumahnya diceroboh dua lelaki bertopeng mengakibatkan kerugian lebih RM15,000 dalam kejadian samun di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, mangsa Md Amin Ismail, 77, dan isterinya, Fatimah Mohamad, 76, sedang tidur sebelum dikejutkan bunyi pintu bahagian tengah rumah bergegar kuat dipercayai ditendang seseorang.
Md Amin berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi bising akibat pintu kayu ditendang dari luar sebelum muncul dua lelaki bertopeng dalam bilik sambil menghunus senjata pisau dan sabit ketika mahu membuka lampu.
Katanya, dalam suasana malap di dalam bilik, dia memberanikan diri bertanya kepada dua lelaki terbabit berhubung tujuan mereka, namun satu tumbukan kuat hinggap di mata kirinya sebelum habis bercakap.
Mereka mengarahkan supaya tidak membuat bising jika tidak mahu ditembak, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka membawa pistol atau sebaliknya, tetapi bersyukur kerana isteri dibiarkan dalam bilik tanpa diusik, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung kejadian. - HMetro
* Jangan kata polis lembab buat kerja. Mereka sedang siasat...
No comments:
Post a Comment