15 February 2011

Tiger Woods didenda kerana meludah

LONDON: Bekas pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods memohon maaf selepas dikenakan denda kerana meludah semasa beraksi pada kejohohnan Dubai Desert Classic yang berakhir, hujung minggu lalu.

“Saya tidak sepatutnya meludah seperti itu dan saya tahu ia tidak perlu," katanya dalam Twitter semalam.

“Saya ingin melupainya dan saya mahu menyatakan saya minta maaf," katanya.
Jelajah Eropah bercadang mendenda Woods selepas melihat semula rakaman permainan di kejohanan itu.

“Pengarah kejohanan, Mike Stewart sudah mengkaji kejadian itu dan percaya ia satu kesalahan dari segi etika dan dengan itu Tiger Woods akan didenda," kata Jelajah Eropah dalam satu kenyataan.

Pegawai Jelajah Eropah akan menulis surat kepada pemain berusia 35 tahun yang berasal dari Amerika itu kepada pegawai pasukan pengurusannya tetapi tidak bercadang mengumumkan nilai denda berkenaan.
Woods, juara 14 kali kejohanan major dilihat beberapa kali meludah dan ia dirakam jurukamera sepanjang kejohanan yang berakhir Ahad lalu.

Bekas pemain profesional jelajah golf, Ewen Murray, yang kini menjadi pengulas stesen Sky, menyifatkan perbuatan pemain nombor tiga dunia itu sekarang sebagai tidak beradab.

“Kita lihat setiap tingkah laku dan etikanya ketika bekerja dan ketika bermain yang menjadi cetusan inspirasi kepada mereka yang ingin menjadi pemain golf profesional.

"Malangnya ada beberapa perwatakan dan tingkah lakunya yang amat bongkak dan pemarah," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment