06 February 2011

Televisyen Al-Arab tarik balik laporan

KAHERAH 6 Feb. - Televisyen Al-Arab menarik balik laporannya mengenai pengumuman Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai pemimpin tertinggi parti pemerintah, Parti Demokatik Kebangsaan, semalam.

Siaran televisyen negara itu sebelum ini melaporkan, Presiden Mesir itu meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi parti tersebut selepas anaknya, Gamal Mubarak dan setiausaha agung parti itu mengumumkan perletakan jawatan masing-masing. - REUTERS

No comments:

Post a Comment