12 February 2011

Tekanan bagi singkirkan Ronnie Liu


Ura-ura exco kerajaan negeri Selangor akan dirombak semakin kuat didengar dengan nama ADUN Dap, Ronnie Liu berada di tempat teratas.

Menurut sumber beberapa ahli kelab penyokong Pakatan Rakyat sedang mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggugurkan exco itu ataupun setidak-tidaknya menukarkan portfolionya.

Liu bertanggungjawap terhadap hal ehwal perumahaan dan kerajaan tempatan Selangor dan didakwa semakin hilang cengkamannya terhadap pihak berkuasa tempatan.

Malaysiakini difahamkan sejak tahun lalu usaha itu dijalankan tetapi tidak secara menyeluruh.

"Kebanyakan ADUN sudah meluahkan pendapat mereka tetapi saya fikir MB tidak mahu menjejaskan keadaan,” kata ahli kelab penyokong Pakatan yang tidak mahu dikenali itu.

Katanya, tidak seperti portfolio lain, kerajaan tempatan dilihat mempunyai kaitan bagi membantu sesuatu pihak memenangi pilihan raya dan tindakannya dikatakan hampir serta merta.

"Dalam kes kita, Ronnie asyik campur tangan (dengan urusan pihak berkuasa tempatan).

"Saya fikir anggota exco lain (Teresa Kok dan Ean-Yong Hian Wah) telah bersusah payah bagi menyakinkan kakitangan kerajaan yang secara tradisinalnya takut kepada DAP, dan mereka telah berjaya.

"Tetapi Liu hanya memperkuatkan lagi kebimbangan mereka. Dia tidak profesional dan juga tidak mampu bercakap dengan baik kepada ketua dan pegawai pihak berkuasa tempatan,” kata ADUN itu.

Adalah dipercayai cara Liu membatalkan beberapa keputusan majlis daerah menyebabkan beberapa Yang di Pertua majlis berkenaan berang dan menimbulkan pergeseran dengan kerajaan negeri. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment