ADUN seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata beliau akan dihadapkan di
Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin ini berhubung tulisan dalam
blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Shuhaimi yang membayar jaminan polis pagi ini - ketika dihubungi Malaysiakini - berkata beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi beliau dimaklumkan ianya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Seksyen yang beliau maksudkan meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau
mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.
Shuhaimi, yang menafikan beliau merujuk kepada Sultan Selangor
He said police had dalam blognya, berkata beliau sepatutnya pergi ke ibupejabat polis Shah Alam petang semalam, tetapi ditangguhkan hingga ke pagi ini, kerana beliau ada ceramah.
Menurutnya, polis menahannya sebentar pagi ini, sebelum beliau membayar ikat jamin dengan seorang penjamin.Abdul Razak Ismail - pembantu ahli exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar eksekutif - menjadi penjaminnya.
Sekurang-kurangnya 20 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi selepas tulisan dalam blognya itu, manakala PERKASA dan Gerakan
Anti-Pakatan Selangor (GAPS) menuntut beliau digantung kerana
menghasut "perang terhadap Raja-raja Melayu". - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment