KUALA LUMPUR 12 Feb. – Selepas cerita pelakon Nasha Aziz kerugian RM40,000 akibat disamun Rabu lalu, nasib sama turut menimpa pelakon veteran, Norlia Ghani di pusat beli-belah Ampang Park, di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 5 petang, Norlia, 63, atau lebih mesra dipanggil Mama kerugian RM8,000 setelah wang tunai itu yang baru dikeluarkan dari sebuah bank berdekatan, disamun dua lelaki.
Menurut Norlia, dia memasukkan wang tersebut yang merupakan wang pendahuluan dari sebuah syarikat produksi tempatan ke dalam sampul surat.
“Ia merupakan bayaran awal sebuah drama bersiri yang akan memulakan penggambaran di Perlis, 17 Februari ini.
“Wang itu dikeluarkan bagi membayar sewa rumah. Mama rasa penyamun itu telah mengekori pergerakan Mama sebelum merampas beg tangan Mama kerana dia hanya melarikan sampul surat terbabit.
“Beg tangan milik Mama yang mengandungi telefon bimbit, dompet serta beberapa barang lain tidak dilarikan dan dicampakkan di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Ekoran kejadian itu, Norlia memberitahu, dia terpaksa menghubungi anaknya Rusdi Ramli untuk menjemputnya di pusat beli belah berkenaan.
Norlia kemudian membuat laporan polis di pondok polis berhampiran pusat membeli belah itu. - Utusan
* Tapi polis kata jenayah sudah turun...
No comments:
Post a Comment