25 February 2011

Saksi: KP Kimia sendiri arah saya uji DNA kes liwat Anwar

Seorang ahli kimia memberitahu mahkamah dia menerima arahan terus daripada ketua pengarahnya agar menjalankan ujian DNA terhadap sampel membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arahan itu diterima daripada ketua pengarahnya ketika itu N. Hithiya Jeeva pada 3 Julai 2008, meminta agar mengendalikan kes “berprofil tinggi.”

Saksi pendakwa Nor Aidora Saedon, dalam keterangannya hari ini, mengakui panggilan daripada ketua pengarah sendiri adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan lazimnya hanya menerima arahan daripada ketua unit Lim Kong Boon.

“Saya tidak tahu sama ada ketua pengarah ada berbincang perkara ini dengan ketua bahagian forensik dan ketua unitnya. Mereka memutuskan untuk memberikan kes berprofil tinggi ini kepada saya.

“Saya tidak tahu apa sampelnya tetapi diminta tunggu untuk mendapatkannya.

“Beliau berkata saya orang yang sesuai untuk kendalikan kes ini, memandangkan Dr Seah Lay Hong tidak ada (ketika itu),” Aidora memberitahu mahkamah hari ini.

Katanya, Hithiya telah bersara daripada perkhidmatan awam selepas itu. - tmi

No comments:

Post a Comment