LAHAD DATU – Seorang pengusaha kilang papan berumur 50 tahun mati dibunuh selepas menjamu selera bersama dua rakannya di sebuah gerai di Jalan Dam dekat sini, malam tadi.
Loy Ah Loh yang cedera ditikam di bahagian kiri perut, bahu kanan dan dua kesan tikaman di bahagian belakangnya meninggal dunia di hospital.
Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Osri Sarikol berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya makan bersama di sebuah gerai di Jalan Dam kira-kira 10.20 malam.
Semasa hendak menaiki keretanya, seorang lelaki berpakaian gelap tiba-tiba muncul dan membalingnya dengan botol cili sebelum menyerang dan menikam mangsa beberapa kali.
Mangsa yang cedera kemudian kembali ke gerai untuk menemui rakannya yang kemudian menghantarnya ke hospital.
Osri berkata, polis menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai digunakan menyerang mangsa. – Bernama
* Apa yang kita baca ini adalah tanda kegagalan kerajaan Umno memerintah Malaysia...
No comments:
Post a Comment