02 February 2011

Penduduk kampung nafi kumpulan agama bawa ajaran sesat

TELUK KUMBAR - Penduduk sebuah kampung di sini menolak dakwaan bahawa terdapat sebuah kumpulan agama yang dikaitkan dengan ajaran sesat di situ.

Rata-rata mereka memberitahu, kumpulan seni bina bela diri yang dianggotai pemuda dalam lingkungan 19 tahun ke atas itu mengikut amalan keagamaan dan ilmu persilatan yang tidak terpesong.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Taufik, 30-an mendakwa, tiada unsur khurafat atau ajaran sesat diterapkan dalam setiap ilmu persilatan itu termasuk pada sesi pembacaan kitab suci al-Quran.

Tegasnya, kejadian seorang lelaki, Shamsul Kamal Mohd. Shafeeuddeen, 24, yang didakwa bekas pengikut sebuah kumpulan agama maut terjatuh dari tingkat lima di sebuah flat di Bukit Gedung pada Sabtu lalu selepas mendengar namanya dipanggil oleh suara ghaib tiada kaitan dengan kumpulan itu.

"Jangan sesekali cuba memberi pandangan negatif terhadap kumpulan itu. Saya difahamkan, selain mengajar ilmu persilatan, ahli-ahli kumpulan ini juga mahir merawat pesakit yang diganggu makhluk halus," katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment