08 February 2011

Pelajar mati terjatuh tingkat dua sekolah

MELAKA, 8 Feb – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Seri Kota, Ayer Leleh di sini, ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abdul Rahman berkata bahawa sebelum kejadian pada 9.15 pagi,Lee Qian Chun, 17, menghadiri kelas teori kimia.

“Tiba-tiba dia berlari keluar sebelum ditemui terjatuh di bawah,” katanya.

Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. – Bernama

No comments:

Post a Comment